18 Januari 2015

Ride Istana Seri Menanti - 17 Januari 2015

Ride ke Istana Seri Menanti telah diadakan pada:

Tarikh: 17 Januari 2015
Hari: Ahad
Masa: 6.45 am
RV: Maulana Serdang

Ride diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan Yang Dipertan Besar Negeri Sembilan. Ride dimulakan dengan RV di Maulana Sedang. RV kedua pula di RNR Beranang. Z250 bersama-sama Gabungan Bikers Malaysia memeriahkan sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertan Besar Negeri Sembilan pada tahun ini.

Konvoi seterusnya menikmati cendol dan rojak di Hentian Bas Kuala Pilah sebelum meneruskan perjalanan pulang dan berehat di Ulu Bendul untuk menikmati udara segar dan bergambar. Konvoi kemudiannya membuat hentian terakhir di Tapak Pasar Tani Paroi untuk menikmati Mee Udang dan menyejukkan tekak dengan air Coconut Shake. Terima kasih kepada semua yang join ride ini.






12 Januari 2015

Ride Breakfast ke Ulu Yam - 11 Januari 2014

Ride Breakfast ke Ulu Yam telah diadakan pada:
Tarikh: 11 Januari 2014
Masa: 9.00 pagi
RV: Tesco Petronas Ampang

Ride santai untuk breakfast ini pada mulanya dijadualkan untuk menikmati Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, tetapi terpaksa dibatalkan kerana kedai tutup. Kami ride makan roti canai dan nasi lemak sotong di Kg. Nahoda, Batu Caves. 

Selepas bersembang dan bergurau senda, ride telah dijalankan ke arah Ulu Yam untuk bergambar dan berehat sambil menikmati keindahan tasik jadian ampangan Ulu Yam. Konvoi bersurai mengikut dua arah, Satu kumpulan ke arah Genting dan satu kumpulan kembali ke rumah masing-masing.