02 Mac 2015

Ride santai Mee Udang Sg. Merab dan sesi bermesra bersama Ninja H2R (1 Mac 2015)

Ride santai Mee Udang Sg. Merab dan sesi bermesra bersama Ninja H2R telah diadakan pada 1 Mac 2015. RV ride ini di Restoran Maulana Serdang pada jam 9.30 pagi. Tujuan ride santai pada kali ini adalah untuk merasai Keenakan Mee Udang Sg. Merap yang di khabarkan extra sedappp... Kami tiba di Restoran Mee Udang Sg. Merab tepat jam 11.00 pagi... Semangkuk mee berharga RM8.00 bagi mangkuk biasa dan RM15.00 bagi mee special. Kami semua berpuas hati dapat menikmati mee udang ini...

Selepas itu, aktiviti ride hujung minggu di teruskan dengan sesi beramah mesra dengan jentera keluaran terbaru kawasaki iaitu Ninja H2R... Sesi berramah mesra ini bertempat di Wilhin Motor Balakong... Semua peserta konvoi dapat merasai kehebatan menaiki H2R yang amat segak ini. Sebelum pulang semua disajikan dengan nasi beryani kambing yang enak lagi lazat (sesi makan lagi)... Semua peserta konvoi pulang dengan selamat ke rumah masing-masing pada jam 3.00 petang.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.