Z250 Malaysia sentiasa menjalakan aktiviti yang bermanfaat kepada semua ahlinya. Semua aktiviti dijalankan dengan mengutamakan keselamatan ahlinya. Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, aktiviti akan dibatalkan atau ditunda ke hari yang akan dimaklumkan.
Aktiviti yang telah dan akan dijalankan adalah:
- Ride mingguan (setiap hari ahad)
- Perjumpaan TTS (Teh Tarik Session) setiap Jumaat
- Program Bikers Sayangi Masjid
- Program amal anak yatim
- Program amal gelandangan
- Program gotong royong (membersihkan pantai, masjid dan kubur)
- Aktiviti mengutip dana (cuci kereta dan motorsikal) untuk sumbangan kepada anak yatim
- Konvoi bermotorsikal
- Kursus mengenai motorsikal dan keselamatan
- Kempen derma darah
- Sukaneka dan aktiviti treasure hunt
- Majlis makan malam amal
- Ceramah kerjaya
- Aktiviti amal yang lain lagi
Aktiviti juga sering dijalankan dalam bentuk kerjasama dengan agensi lain. Sila cadangkan sebarang aktiviti yang boleh dijalankan demi kebaikkan bersama kepada admin.
Z250 Malaysia juga menyokong dan mengikuti secara rasmi aktiviti/ program yang dijalankan oleh Kawasaki Malaysia Sdn Bhd.
- Ride mingguan Kawasaki
- CKD Konvoi (Compleate Knock Down=Motorsikal pemasangan tempatan)
- Konvoi Moto GP
- Konvoi SBK
- Kempen derma darah Kawasaki
- Jamuan Hari Raya Kawasaki
- Kawasaki Road Show
Tatacara konvoi (Ride beramai-ramai secara berturut-turut)
Setiap ahli yang mengikut konvoi perlu berdisiplin sepanjang masa, patuh kepada arahan marshal dan menjaga keselamatan diri sendiri dan rakan-rakan sepanjang masa berkonvoi.
RV Rasmi (tempat perjumpaan sebelum memulakan aktiviti)
Berikut adalah RV rasmi Kelab Z250 Malaysia:
- Pusat Bandaraya - Dataran Merdeka
- Pusat Bandaraya - Stesen Petronas Kampung Baru
- Pusat Bandaraya/ utara/ selatan/ timur - Stesen Petronas Tesco Ampang
- Arah utara - RNR Jejantas Sg. Buloh arah utara
- Arah utara - Stesen minyak Petron Jalan Kuching (berhampiran Tesco) arah Selayang
- Arah selatan (PLUS) - Stesen Shell selepas Tol Sg. Besi arah selatan
- Arah selatan (LEKAS) - Stesen Shell Prima Saujana Kajang arah Seremban
- Arah selatan (Langat) - Stesen Shell sebelum Tol Batu 9 arah selatan Jalan Cheras-Kajang
- Arah timur - Stesen BHP selepas tol Gombak arah timur
- Arah barat - Stesem Shell sebelum Tol Batu 3 Shah Alam arah Kelang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.