Derma kilat oleh Z250 Malaysia kepada Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah Al-Islamiah Padang Kerasak Naka Kedah telah dikutip semasa TTS Gegar Ibu Kota pada 20 Februari 2016.. Kutipan derma kilat sebanyak RM270.00 telah diserahkan kepada En. Hisham, Pengasas Kelab Z250 Malaysia untuk disampaikan kepada sekolah menengah agama tersebut.
Menurut berita, lebih kurang 170 pelajar yang terlibat telah melarikan diri apabila dua blok bangunan asrama yang juga mempunyai surau telah terbakar lebih kurang pukul 5 petang 14 Februari 2016 yang lalu. Tambahan pula, semasa kejadian semua pelajar dan para guru Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah Al-Islamiah baru sahaja selesai menunaikan solat Asar di surau yang berada di tingkat atas bangunan.
120 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan serta para guru sempat menyelamatkan diri. Pengetua sekolah dikenali sebagai Mohd Sidek Junus memaklumkan bahawa seorang pelajar telah menyedari kebakaran tersebut semasa turun ke bawah. Asrama sekolah menengah agama Padang Kerasak Naka Kedah terbakar di mana semua yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar diarahkan untuk menyelamatkan diri masing-masing. Kerugian dianggarkan mencecah jumlah RM 1 juta.
Pihak bomba menerima panggilan tentang kebakaran ini pada pukul 5.17 petang dan telah tiba 14 minit kemudian. Pihak bomba telah berjaya memdamkan kebakaran tersebut pada pukul 6.53 petang. Punca kebakaran masih lagi disiasat dan akan dimaklumkan kepada semua apabila siasatan sudah selesai dilakukan oleh pihak berwajib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.