23 Februari 2015

Ride santai Patin Temerloh (22 Februari 2015)

Ride santai Patin Temerloh telah diadakan pada 22 Februari 2015. RV telah diadakan di BHP lepas tol Gombak. Perjalanan ke Temerloh mengambil masa 1 jam lebih. Setibanya di Temerloh, konvoi berehat di sebuah kedai makan berhadapan klinik kesihatan Temerloh untuk menikmati roti canai.

Selepas itu konvoi melapangkan masa untuk bergambar dengan signage Temerloh yang terjejas akibat banjir. Kami melawat kawasan pasar tani yang diadakan setiap pagi ahad. Pasar tani ini menawarkan pelbagai makanan yang menarik, ikan-ikan sungai yang segar dan sayur-sayuran. 

Kami dijemput oleh Saudara Ejai dan rakan-rakan bikers dari Temerloh untuk sama-sama menikmati Gulai Ikan Patin Gerbang. Disana kami menikmati ikan patin yang lazat dan segar. Selepas selesai menikmati ikan patin, sesi mengambil gambar di tebing sungai Pahang berlangsung. 

Sebelum pulang kami menunaikan solat di Masjid Abu Bakar Temerloh. Perjalanan pulang agak jem disebabkan oleh cuti hujung minggu yang panjang, cuti ini bersambung dengan tahun baru cina. Semua ahli konvoi selamat sampai ke rumah masing-masing dalam jam 6.00 petang.










16 Februari 2015

Ride santai Breakfast Nasi Lemak berempah Hulu Langat (15 Februari 2015)

Ride santai Breakfast Nasi Lemak berempah Hulu Langat telah diadakan pada hari ahad, 15 Februari 2015. RV telah diadakan di Petronas Tesco Puchong pada jam 8.30pagi. Konvoi melalui jalan ke Ampang dan Bukit Ampang sebelum turun ke Hulu Langat. Konvoi terlebih dahulu singgah di Bukit Ampang untuk sesi bergambar.

Perjalanan di teruskan ke Hulu Langgat dan berhenti untuk menikmati nasi lemak ayam goreng berempah di Kg Sungai Serai Hulu Langat. Konvoi berhenti berehat selama 1 jam 30 minit untuk makan-makan dan berbual. 

Perjalanan konvoi diteruskan ke Empangan Semenyih untuk sesi meleper dan mengambil gambar. Perjalanan ke Empangan Semenyih melalui Kg. Sungai Tekali ini berbukit bukit dan mempunyai selekoh yang amat menarik untuk di lalui. 

Konvoi berhenti berehat untuk mengambil gambar dan menikmati keindahan empangan Semenyih sebelum meneruskan perjalanan ke Rumah Ezani melalui jalan Sg Lui. Konvoi tiba di Rumah Ezany pada jam 12.00 tengahari untuk makan tengahari bersempena beliau pindah ke rumah baru. Selepas selesai menikmati juadah ketam yang istimewa, konvoi pulang ke rumah masing-masing.










10 Februari 2015

Kelab Z250 Malaysia di dalam majalah Roadstar.

Kelab Z250 Malaysia di dalam majalah Roadstar edisi Januari 2015.


09 Februari 2015

Ride asam pedas Melaka (8 Februari 2015)

Destinasi ride mingguan Z250 Malaysia pada minggu ini adalah ke Bandaraya Bersejarah Melaka. Tujuan ride pada kali ini adalah untuk menikmati juadah asam pedas yang terkenal di negeri bersejarah ini. RV pertama bermula jam 7.30 pagi di Shell selepas Tol Sungai Besi. Konvoi bertolak ke RV ke 2 pada jam 8.15 pagi dan sampai pada jam 8.40 pagi di RV kedua yang terletak di Shell RNR Seremban.

Konvoi tidak berhenti lama dan meneruskan perjalanan ke RV3 yang terletak di tol Air Keroh Melaka. Sebelum sampai ke RV ke 3, konvoi telah berhenti untuk bersarapan di Restoran Jejantas Air Keroh. Konvoi berada di RV3 pada jam 11.10pagi. Konvoi di sambut oleh rakan-rakan dari Melaka.

Destinasi pertama, kami dibawa bersarapan di Kampung Bachang. Apa yang istimewanya di sini adalah roti canai nya amat lembut kerana di masak menggunakan dapur arang. Selepas selesai bersarapan, konvoi meneruskan perjalanan ke Muzium Kapal Selam yang terletak di Pantai Klebang. Selepas selesai sesi mengambil gambar, konvoi meneruskan perjalanan ke Pantai Puteri, perjalanan kami melalui Medan Selera Bas. 

Konvoi melapangkan masa selama 30 minit di Pantai Puteri sambil menikmati suasana kedamaian pantai. Konvoi meneruskan perjalanan ke Masjid Selat untuk solat Zuhur sebelum menikmati Asam Pedas Claypot Junior yang terletak di hadapan Dataran Pahlawan Melaka. Selepas menikmati kelazatam Asam Pedas Claypot Junior, konvoi bertolak pulang ke destinasi masing-masing.

Terima kasih kepada semua yang menyertai konvoi ini. Terima kasih juga kepada tuan dan puan rumah yang sudi membawa bersiar-siar di sekitar Melaka. Kunjungan seumpama ini adakan lagi pada masa akan datang.