Ride Mee Bandung Muar telah diadakan pada 1 Februari 2015. Aktiviti ride ini bersempena dengan cuti hari wilayah. Rv pertama di Shell Tol Sg Besi pada jam 7.30 pagi. Rv kedua pula di RNR Seremban pada jam 9.30 pagi. Dari RNR Seremban, konvoi bertolak ke Tol Tangkak.
Konvoi tiba di Tol Tangkak lebih kurang jam 11.00 pagi dan terus ke Mee Bandung Central Muar yang terletak diseberang jalan di hadapan Sekolah Sains Muar. Konvoi menikmati mee bandung asli yang enak daerah Muar ini. Selepas itu, konvoi berkesempatan untuk merasa pula Nasi Goreng berempah Muar.
Selepas itu, konvoi bertolak untuk mengelilingi bandar Muar dan menuju ke Tanjung Emas untuk sesi fotografi. Konvoi berehat di masjid sebelum pulang ke rumah pada jam 3.00 petang dan tiba dirumah masing-masing pada pukul 5.30 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.