Destinasi ride mingguan Z250 Malaysia pada minggu ini adalah ke Bandaraya Bersejarah Melaka. Tujuan ride pada kali ini adalah untuk menikmati juadah asam pedas yang terkenal di negeri bersejarah ini. RV pertama bermula jam 7.30 pagi di Shell selepas Tol Sungai Besi. Konvoi bertolak ke RV ke 2 pada jam 8.15 pagi dan sampai pada jam 8.40 pagi di RV kedua yang terletak di Shell RNR Seremban.
Konvoi tidak berhenti lama dan meneruskan perjalanan ke RV3 yang terletak di tol Air Keroh Melaka. Sebelum sampai ke RV ke 3, konvoi telah berhenti untuk bersarapan di Restoran Jejantas Air Keroh. Konvoi berada di RV3 pada jam 11.10pagi. Konvoi di sambut oleh rakan-rakan dari Melaka.
Destinasi pertama, kami dibawa bersarapan di Kampung Bachang. Apa yang istimewanya di sini adalah roti canai nya amat lembut kerana di masak menggunakan dapur arang. Selepas selesai bersarapan, konvoi meneruskan perjalanan ke Muzium Kapal Selam yang terletak di Pantai Klebang. Selepas selesai sesi mengambil gambar, konvoi meneruskan perjalanan ke Pantai Puteri, perjalanan kami melalui Medan Selera Bas.
Konvoi melapangkan masa selama 30 minit di Pantai Puteri sambil menikmati suasana kedamaian pantai. Konvoi meneruskan perjalanan ke Masjid Selat untuk solat Zuhur sebelum menikmati Asam Pedas Claypot Junior yang terletak di hadapan Dataran Pahlawan Melaka. Selepas menikmati kelazatam Asam Pedas Claypot Junior, konvoi bertolak pulang ke destinasi masing-masing.
Terima kasih kepada semua yang menyertai konvoi ini. Terima kasih juga kepada tuan dan puan rumah yang sudi membawa bersiar-siar di sekitar Melaka. Kunjungan seumpama ini adakan lagi pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.